Senarai Buku
Tutup

Perjanjian Lama

Perjanjian Baru

Mazmur 12

A A A
Alkitab Versi Borneo

Untuk pemimpin muzik.

Menurut kecapi bertali lapan. Mazmur Daud. 1Tolonglah, ya TUHAN, kerana tiada lagi orang yang warak;

orang setia telah lenyap daripada kalangan anak manusia.

2Mereka berkata sama sendiri tanpa keikhlasan,

dengan pujian manis di bibir sedangkan hati bercabang.

3Semoga TUHAN memotong bibir yang memuji palsu

dan lidah yang bertutur angkuh

4yang berkata, "Kami akan berkuasa dengan lidah kami;

bibir kami kepunyaan kami – siapa yang berkuasai atas kami?"

5"Kerana orang miskin ditindas

dan kerana orang sesak merintih,

Aku akan bangkit sekarang," firman TUHAN.

"Aku akan memberi mereka kesejahteraan yang diingini."

6Firman TUHAN adalah murni,

seperti perak yang teruji di dalam relau tanah, dimurnikan tujuh kali.

7Engkau akan memelihara mereka, ya TUHAN,

dan melindungi mereka daripada orang zaman ini selama-lamanya.

8Orang zalim merayau angkuh merata-rata ketika kekejian disanjung dalam kalangan anak manusia.